Wednesday, 23 May 2012

ZOO SEDUNIA



Pada minggu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Zoo Negara dengan menaiki sebuah kereta Roll Royce. Kami pergi ke sana kerana mahu melihat pertunjukkan gajah dengan ziraf.

Apabia kami tiba di sana, saya dan abang saya melihat pola sedang berbisik dengan anaknya. Saya dan abang saya tergelak apabila melihat pola itu.

Selepas itu, kami melihat seekor kuda belang sedang mengambil gambar orang yang berada di situ. Begitu juga, saya tergelak lebih kuat daripada sebelumnya.

Demikian itu, emak saya membawa anaknya bersiar-siar menaiki sebuah kereta sorong. Adik saya menaiki kereta sorong itu sambil memakan aiskrim.

Akhir sekali, kai pulang ke rumah kerana empat jam kami berada di zoo itu. Kami sungguh penat.

Sunday, 20 May 2012

10 Rahsia Yahudi Taknak Kita Tahu!!!



Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom kita dedahkan 10 daripadanya!



1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!


5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?


8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi


9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Kota Konstantinopel


fall_of_constantinople
Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Apabila bicara soal sejarah, pasti ramai yang tahu tentang kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih, seorang anak muda yang memimpin tentera merobohkan Kota Konstantinopel yang gah suatu masa lalu. Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ramai tokoh Islam yang cuba merealisasikan hadis ini dengan berusaha habis-habisan untuk menawan Konstantinopel. Antaranya adalah Saiyidina Umar al-Khattab & Saiyidina Abu Ayub al-Ansari. Namun kesemuanya gagal hinggalah 700 tahun kemudian apabila munculnya seorang putera bernama Muhammad al-Fatih (Mehmet al-Fateh). Baginda hanya berumur 24 tahun ketika mengetuai bala tenteranya membebaskan Constantinople. Bandar ini kemudiannya dinamakan Istanbul yang bererti "Islam Selamanya"


Jom aku nak kongsi dengan semua tentang kehebatan Kota Kontanstantinopel:-
Kota konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan iaitu kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan serangan tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan untuk menakluki Konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era Khalifah Usman bin Affan, lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah, satu kempen dari kerajaan Turki Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah semuanya menemui kegagalan.




Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).

 
Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.



Tembok luar setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40 kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek fire.
Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter dan selebar 60 meter.



Siapa sangka sebuah kota yang mempunyai sistem pertahanan yang begitu hebat dan kukuh ini boleh tunduk kepada Sultan Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Tetapi, proses penaklukan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya mereka yang berjaya menghimpunkan ciri-ciri yang ada pada diri Sultan Muhammaad al-Fateh sahaja yang akan berjaya mengulangi sejarah yang gilang-gemilang ini pada waktu kini.






 Meriam Dardanelles




Meriam Dardanelles, dibuat daripada gangsa yang dicipta oleh pakar meriam berbangsa Hungary bernama Orban, digunakan oleh tentera Muslim pimpinan Sultan al-Fateh untuk merobek dinding Kota Konstantinople. Kini, meriam ini berada dalam simpanan Royal Armouries Museum.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki.





Benteng Rumeli Hisari. Dibina pada tahun 1451 dan 1452 oleh Sultan al-Fateh dan tenteranya. Tiga menara besar tersebut dinamakan sempena nama 3 orang panglima Sultan al-Fateh, Sadrazam Çandarlı, Halil Pasha yang membina menara besar berhampiran pintu gerbang, Zağanos Pasha yang membina menara selatan, dan Sarıca Pasha yang membina menara utara.